NuFFnanG

Pages

Sunday, January 8, 2012

International Taekwon-Do Federation ITF




GENERAL CHOI HONG HI
Diasaskan oleh General Choi Hong Hi pada 22 March 1966 di Seoul, Korea Selatan. ITF diwujudkan oleh beliau untuk mempromosikan seni mempertahankan diri dari korea iaitu Teakwon-do ke seluruh dunia dan sehingga kini Taekwon-Do menjadi salah satu seni mempertahankan diri yang paling popular di dunia termasuklah negara Malaysia.  Apabila General Choi Hong Hii meninggal dunia pada tahun 2002, terdapat 3 individu yang yang menamakan diri mereka sebagai penganti kepada general Choi untuk mengemudi ITF dan meneruskan legasinya bagi mempromosikan Taekwon-Do(ITF) ke seluruh dunia iaitu Chang  Ung yang mendakwa dirinya telah diarahkan oleh General Choi untuk meneruskan legasinya sebelum beliau meninggal dunia.  Beliau juga merupakan ahli ITF dari Korea Utara.  Individu yang kedua ialah anak kepada General Choi sendiri iaitu Choi Jung Hwa yang telah menubuhkan ibu pejabat Operasi ITF di Kanada.   Individu yang ketiga pula ialah Trần Triệu Quân, beliau berpendapat bahawa ITF bukan hanya melibatkan Orang Korea semata-mata.  Walau bagaimanapun, hampir keseluruhan Ahli ITF di seluruh dunia mengiktiraf Choi Jung Hua sebagai presiden ITF menggantikan ayahnya.  Tugas atau peranan utama ITF ialah menganjurkan pertandingan dan seminar , menetapkan standard untuk mengajar Taekwon-Do, bekerjasama dengan ahli di seluruh dunia dan memberi peluang kepada setiap ahlinya untuk menimba ilmu berkaitan Taekwon-Do dan membuat tawaran kenaikan Gred tali pinggang kepada yang layak.

SEJARAH TAEKWON-DO DUNIA
Pada zaman dahulu, di Negara Korea terdapat beberapa kumpulan atau keluarga seni mempertahankan diri purba. Enam kumpulan yang benar-benar terkenal ketika itu ialah dari keluarga Taekyon, Subak, Kwonbaek, Tagyok, Subyokta dan Bayon. Jeneral Choi Hong Hi merupakan salah seorang ahli seni mempertahankan diri dari keluarga “Taekyon”. Dengan bakat dan keberaniannya, beliau telah membuat kajian yang menyeluruh tentang kaedah seni bela diri Taekyon ini sehingga dapat menghasilkan ciptaan pelbagai jenis tendangan dan tumbukan. Dengan kekuatan dan halaju yang berbeza dari kesinambungan dan penyusunan semula seni bela diri Taekyon , maka terhasillah teknik-teknik atau gerakan-gerakan badan yang unik dan menarik. Hasil daripada penyusunan semula ini juga, hari ini kita dapat melihat pattern-pattern Taekwon-Do, iaitu satu seni bela diri yang baru lahir dengan rasminya pada 11 April 1955, diasaskan Jeneral Choi Hong Hi.
Pada mulanya, Taekwon-Do tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Korea dan kumpulan seni bela diri purba yang sedia ada. Dengan autoriti yang ada pada beliau selaku Jeneral Tentera Korea, peluang tersebut digunakan sebaik-baiknya untuk melatih bala tenteranya. Oleh sebab teknik-teknik Taekwon-Do adalah ringkas, jelas, kuat dan berkesan serta menerapkan nilai moral bersamanya, maka Taekwon-Do telah tersebar dan mula mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Korea. Pada 14 September 1961, “Korea Taekwondo Asosiation” (KTA) telah ditubuhkan buat julung-julung kalinya di Seoul dengan Jeneral Choi Hong Hi diangkat sebagai Presiden pertama. Selaku Presiden KA, Jeneral Choi telah menghantar jurulatih-jurulatihnya untuk membuat demonstrasi di seluruh dunia pada tahun 1962.
Hasil yang mengagumkan dalam seni bela diri telah berjaya dicapai oleh Jeneral Choi apabila Taekwon-Do telah dijadikan seni mempertahankan diri rasmi Negara Korea. Ahli-ahli kumpulan seni bela diri Subak, Kwonbaek, Tagyok, Byon dan Taekyon telah bergabung menjadi ahli kepada KTA dan menggunakan nama Taekwon-Do.
Taekwon-DO telah berkembang pesat di seluruh dunia dan “International Taekwon-Do Federation” (ITF) telah ditubuhkan di Seoul, Korea pada 22 Mac 1966. Sekitar tahun yang sama, semasa ketiadaan Jeneral Choi di Korea, kumpulan ahli-ahli bekas seni bela diri KTA membuat satu penyelenggaraan dengan menyusun semula sistem pentadbiran dan pelajaran serta mengubah fakta berkaitan sejarah Taekwon-Do seterusnya merancang untuk merampas kuasa kepimpinan. Percubaan itu bagaimanapun berjaya dipatahkan. Selaku pengasas taekwon-Do, Jeneral Choi merasakan bahawa kedudukan dan dirinya tidak dihormati, lantas beliau mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada ITF.
Taekwon-Do ITF terus mendapat sambutan di seluruh dunia. Hal ini mendorong ahli-ahli gabungan ITF mencadangkan supaya ibu pejabat rasmi dipindahkan ke negara berkecuali bagi meluaskan pengaruh Taekwon-Do secara profesional dan memudahkan urusan pentadbiran. Pada tahun 1972-1984, ibu pejabat ITF dipindahkan ke Toronto, Kanada dan pada awal tahun 1984, ITF beroperasi secara rasmi di Vienna, Austria sehingga ke hari ini.

Ahli-ahli KTA mengambil peluang ini untuk menubuhkan World Taekwondo Federation(WTF) pada 30 Disember 1972 di Kukkiwon, Seoul. Sukatan pelajaran, sistem pentadbiran dan fakta sejarah telah digubal semula bagi membezakan WTF dengan kaedah dan matlamat sebenar pengasasan Taekwon-Do oleh Jeneral Choi.
Teknik pengajaran dan sukatan pelajaran Taekwon-Do ITF yang diasaskan Jeneral Choi tidak berganjak dengan pendirian bahawa Taekwon-Do merupakan seni budaya yang menerapkan nilai moral untuk mempertahankan diri meskipun dengan penubuhan WTF sebagai pesaing. Jeneral Choi berharap agar ahli-ahli serta jurulatih-jurulatih dapat memahami sepenuhnya akan erti Taekwon-Do terutamanya makna perkataan “Do”. Taekwon-Do tidak terhad sebagai sukan semata-mata kerana didikan nilai moral dan kesabaran diri adalah sangat penting bagi melahirkan individual yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa sukatan pelajaran Taekwon-Do(ITF) merupakan asli daripada penggubal dan pencipta seni bela diri Taekwon-Do iaitu Jeneral Choi Hong Hi


No comments:

Post a Comment