Salam
Ada sedikit panduan untuk dikongsikan bagi pengguna windows terbaru
iaitu windows 7 untuk membuat, menambah, mengurangkan partition baru
local disk komputer atau laptop. Kebiasaannya perlu menggunakan software
untuk membuatnya sedemikian namun kecanggihan windows 7 hanya perlu
menggunakan cara tertentu dan tidak perlu lagi menggunakan software
tertentu.
Hanya perlu pergi ke My Computer klik kanan dan klik manage,
kemudiannya folder keluar seterusnya klik Disk Management dalam list
Storage. Sekiranya ada ruang kosong seperti tanda hitam atau dinamakan
Unallocated lagi mudah untuk membuat partition baru.
Sekiranya tiada, perlu klik kanan untuk mengenal pasti shrink volume
atau extend volume mana-mana local disk yang mempunyai saiz besar
terutamanya local C yang lebih terdedah kepada bahaya kehilangan semua
data sekiranya berlaku masalah windows tak boleh buka dan hanya
diselesaikan melalui format semula.
Jadi local C atau mana-mana local disk yang besar dapat dipindahkan
ke partition baru dengan menambah partition local disk baru. Cara atau
tips ini untuk mengelakkan masalah kehilangan data dalam local disk yang
besar. Caranya membanyakkan local disk atau partition tapi sesetengah
laptop/komputer hanya bagi had 3 atau 4 partition sahaja terutamanya
netbook yang kecil tu.
Sekiranya ingin mengumpul semula data dalam satu-satu local disk atau
ingin membuang partition, cara yang sama boleh digunakan. Cara ini
boleh digunakan untuk membuat partition baru, menambah saiz local disk
sedia ada atau membuang. Mudah sahaja. Tetapi kena berhati-hati bagi
mengelakkan partition untuk sistem windows terdelete.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment