NuFFnanG

Pages

Friday, October 14, 2011

Gambar Semporna Sabah part1

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud ‘tempat untuk berehat’. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

            Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti ‘Hujung Hutan’ dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Semporna yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna juga mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum.
PEKAN SEMPORNA 1
PEKAN SEMPORNA 2
PEKAN SEMPORNA 3; PASAR IKAN
SEMPORNA : SEA FEST HOTEL
JETI DI SEMPORNA : JOM KE PULAU BUM-BUM ( SUDAH BERPINDAH DI SEBELAH PASAR IKAN
MENAIKI BOT PENAMBANG : ON THE WAY KE PULAU BUM-BUM
JETI DI PULAU BUM-BUM : JETI BALIMBANG (JETI UTAMA KE PULAU)
PANTAI PULAU BUM-BUM TIME CETEK..BUDAK2 TGH CARI SIPUT
SEKITAR PULAU BUM-BUM : JALAN RAYA DAH DIPERBAIKI MASA INI (DUA LALUAN)

LAUT PULAU BUM-BUM TIME NAK CETEK/SURUT

sumber : http://bilamasa.wordpress.com/category/pengenalan/

MenambaH Partition Dalam Komputer/Laptop

Salam
Ada sedikit panduan untuk dikongsikan bagi pengguna windows terbaru iaitu windows 7 untuk membuat, menambah, mengurangkan partition baru local disk komputer atau laptop. Kebiasaannya perlu menggunakan software untuk membuatnya sedemikian namun kecanggihan windows 7 hanya perlu menggunakan cara tertentu dan tidak perlu lagi menggunakan software tertentu.

Hanya perlu pergi ke My Computer klik kanan dan klik manage, kemudiannya folder keluar seterusnya klik Disk Management dalam list Storage. Sekiranya ada ruang kosong seperti tanda hitam atau dinamakan Unallocated lagi mudah untuk membuat partition baru.

Sekiranya tiada, perlu klik kanan untuk mengenal pasti shrink volume atau extend volume mana-mana local disk yang mempunyai saiz besar terutamanya local C yang lebih terdedah kepada bahaya kehilangan semua data sekiranya berlaku masalah windows tak boleh buka dan hanya diselesaikan melalui format semula.

Jadi local C atau mana-mana local disk yang besar dapat dipindahkan ke partition baru dengan menambah partition local disk baru. Cara atau tips ini untuk mengelakkan masalah kehilangan data dalam local disk yang besar. Caranya membanyakkan local disk atau partition tapi sesetengah laptop/komputer hanya bagi had 3 atau 4 partition sahaja terutamanya netbook yang kecil tu.

Sekiranya ingin mengumpul semula data dalam satu-satu local disk atau ingin membuang partition, cara yang sama boleh digunakan. Cara ini boleh digunakan untuk membuat partition baru, menambah saiz local disk sedia ada atau membuang. Mudah sahaja. Tetapi kena berhati-hati bagi mengelakkan partition untuk sistem windows terdelete.
  Selamat mencuba..